Peranan Majlis Daerah Keningau

Pengurusan Majlis Daerah Keningau bertanggungjawab melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil termasuk arahan-arahan/pekeliling-pekeliling daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Terdapat sepuluh  (10) Bahagian-Bahagian dan Unit-unit Pengurusan Majlis Daerah Keningau iaitu Bahagian Pentadbiran dan Urus Setia, Kewangan dan Hasil, Pembangunan dan Kejuruteraan, Penilaian Harta, Pengurusan Harta dan Inventori, Perkhidmatan Persekitaran Bandar dan Kesihatan, Penguatkuasaan, Pelesenan, Khidmat Pelanggan dan (ICT) Komputer dan Teknologi Maklumat.

Fungsi-fungsi bahagian ini adalah menyokong perkhidmatan dalam melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan selain daripada tugas-tugas asas yang disenaraikan dalam Suratcaranya seperti kawalan Pembangunan, kawalan perniagaan, pembersihan dan pengindahan bandar, menyediakan kemudahan ruang niaga dan persarana asas di dalam bandar Keningau.

CARTA FUNGSI ORGANISASI

FUNGSI-FUNGSI ORGANISASI BAHAGIAN DAN UNIT

Lebih Lanjut